Tuesday, December 13, 2011

Mari Belajar Asas Bahasa Melayu Brunei =)

aku bukanlah orang Brunei. tp menetap di utara Sarawak, bahagian Limbang. jangan ditanya kepadaku bahasa Melayu Sarawak sbb aku xbrp taw.ramai sbenarnya xtaw yang satu2nya org Melayu di Sarawak yang tidak menggunakan bahasa Melayu Sarawak ialah orang Islam ( Muslim ) di Limbang. tp ada ja yg taw ckp Melayu Sarawak ( Kamek, kitak, polah, pusa n so on ).

Muslimin dan Muslimat di Limbang umumnya terbahagi kepada 2 kaum iaitu Melayu ( juga disebut Melayu Brunei) dan Kedayan. so, aku ni dikategorikan sebagai kaum Melayu dalam ic dan disebut2 sebagai Melayu Brunei oleh masyarakat setempat. bukan ingin menumpang populariti Brunei tetapi kerana bahasa yang digunakan adalah mirip dengan bahasa Melayu Brunei. Dari segi geografinya, Limbang berada di tengah2 Brunei cuz Brunei ada 2 bahagian. tats y la berlakunya kesamaan dialek dicni.

Ok la, mari belajar bahasa Melayu Brunei. Umumnya, ada beberapa prinsip yang kita kena tahu untuk bercakap dalam dialek Melayu Brunei.

  • penukaran huruf O kepada huruf U kecuali apabila huruf o tersebut berada di hujung perkataan. contohnya :

Orang = Urang
Otak = Utak
Bola = Bula
Piano = Piano
  • Kedua ialah penukaran huruf E pepet kepada A. contohnya :

Besar = Basar
Semak = Samak
Dendam = Dandam
  • Namun, kebanyakan perkataan yang digunakan oleh orang Melayu Brunei tidak sama sekali dengan Bahasa Melayu standard. contohnya :

mengantuk = kalat mata
terapung-apung = labui-labui
tidak = inda/nda
menggeletar = kajar-kajar
takut = ijap/tungkal

Contoh ayat lengkap pula adalah seperti berikut :

Saya sayang awak = aku sayang kan kau
benci lah kat awak! = banci ku kan kau ani eh!
tak baik gaduh-gaduh = nda baik bekelaie


jika berminat untuk mempelajari Bahasa Melayu Brunei, bolehlah komen dcni k..jgn malu2..peace Yo!


1 comment: